Tentang Kami

Dibina oleh orang Malaysia, untuk Malaysia

Tuis.my bermula dari satu masalah mudah — mengapa pengurusan pusat pendidikan masih bergantung pada spreadsheet dan buku nota?

Kenapa Tuis.my wujud

Pada 2024, kami berbual dengan lebih 50 pemilik pusat tuisyen di seluruh Malaysia. Hampir semua menggunakan gabungan spreadsheet Excel, buku rekod manual, dan WhatsApp untuk urus pelajar dan yuran.

Penyelesaian sedia ada sama ada terlalu mahal, terlalu rumit, atau tidak memahami konteks Malaysia — tiada sokongan BM, tiada integrasi FPX, tiada format LHDN.

Jadi kami bina Tuis.my. Platform yang faham cara pusat pendidikan Malaysia beroperasi — dari kelas mengaji di surau hingga akademi tuisyen di bandar besar.

Suasana pusat tuisyen moden Malaysia
2024
Ditubuhkan
3
Platform (Web + iOS + Android)
6
Modul Dalam 1 App
RM 0
Kos Setup

Nilai-nilai kami

Prinsip yang membimbing setiap keputusan yang kami buat.

Dibina untuk Malaysia

Setiap keputusan reka bentuk dan features mengambil kira realiti pendidikan Malaysia — dari bahasa, mata wang, hingga keperluan LHDN.

Mudah Digunakan

Jika ibu bapa boleh guna WhatsApp, mereka boleh guna Tuis.my. Kami percaya teknologi yang bagus tidak memerlukan manual tebal.

Jujur dengan Harga

Tiada caj tersembunyi, tiada kenaikan harga mengejut, tiada lock-in kontrak. Anda bayar apa yang anda guna, dan boleh berhenti bila-bila masa.

Sokongan Sebenar

Tim sokongan kami faham konteks pendidikan Malaysia. Kami balas dalam Bahasa Malaysia, dan kami tahu apa ertinya urus pusat tuisyen.

Nak tahu lebih lanjut?

Tim kami sedia untuk berbual tentang keperluan pusat anda.

Hubungi Kami →