Terma Perkhidmatan

Terma Perkhidmatan Tuis.my

Sila baca terma ini dengan teliti sebelum menggunakan platform Tuis.my.

Tarikh Kuat Kuasa: 1 Januari 2026  ·  Dikemas kini: 27 Ogos 2026

1. Penerimaan Terma

Dengan mengakses atau menggunakan platform Tuis.my, anda bersetuju untuk terikat dengan Terma Perkhidmatan ini. Jika anda tidak bersetuju dengan mana-mana bahagian terma ini, anda tidak dibenarkan menggunakan perkhidmatan kami.

Terma ini merupakan perjanjian yang sah dan mengikat antara anda (atau pusat pendidikan anda) dengan Tuis.my.

2. Penerangan Perkhidmatan

Tuis.my menyediakan platform pengurusan pusat pendidikan berbasis cloud yang merangkumi pengurusan pelajar, jadual kelas, rekod kehadiran, pengurusan yuran, invois digital, dan ciri-ciri lain yang berkaitan.

Kami berhak untuk mengubah, menangguhkan, atau menghentikan mana-mana bahagian perkhidmatan pada bila-bila masa dengan notis yang munasabah.

3. Akaun Pengguna

Anda bertanggungjawab untuk mengekalkan kerahsiaan maklumat log masuk akaun anda dan semua aktiviti yang berlaku di bawah akaun anda.

Anda mesti memberitahu kami dengan segera tentang sebarang penggunaan tanpa kebenaran terhadap akaun anda.

Setiap pusat pendidikan hanya dibenarkan mempunyai satu akaun Admin Pusat. Akaun tidak boleh dipindahkan kepada pihak lain tanpa kebenaran bertulis daripada kami.

Anda mesti berumur sekurang-kurangnya 18 tahun untuk membuat akaun.

4. Bayaran dan Langganan

Harga langganan adalah seperti yang tertera di halaman Harga kami. Kami berhak untuk mengubah harga dengan notis 30 hari terlebih dahulu.

Bayaran dikenakan pada permulaan setiap tempoh pengebilan (bulanan atau tahunan, mengikut pilihan anda) dan tidak boleh dikembalikan kecuali seperti yang dinyatakan dalam Dasar Pemulangan kami.

Kegagalan membuat bayaran mungkin mengakibatkan penangguhan atau penamatan akses kepada perkhidmatan.

Semua harga adalah dalam Ringgit Malaysia (MYR) dan tertakluk kepada cukai yang berkenaan di Malaysia. Pelan tahunan ditawarkan pada kadar diskaun berbanding bulanan × 12 (lihat halaman Harga).

Cara langganan diaktifkan bergantung kepada platform yang anda gunakan. Pelan Percuma (sehingga 15 pelajar) sentiasa tidak memerlukan bayaran, di semua platform.

Langganan melalui laman web (tuis.my): bayaran diproses melalui Stripe menggunakan kad debit/kredit, bulanan atau tahunan mengikut pilihan anda. Langganan diperbaharui secara automatik sehingga dibatalkan. Anda boleh naik taraf, tukar pelan, atau tukar kitaran bil bila-bila masa melalui Dashboard → Langganan (pemilik pusat sahaja); pembatalan dilakukan dengan menghubungi kami di hello@tuis.my dan menghentikan pembaharuan akan datang tetapi tidak secara automatik memulangkan bayaran bagi tempoh semasa yang sudah dicaj, kecuali dinyatakan sebaliknya dalam Dasar Pemulangan kami.

Langganan melalui app iOS (Apple App Store): langganan auto-perbaharui bulanan atau tahunan mengikut pilihan anda. Bayaran dikenakan pada akaun Apple ID anda semasa pengesahan pembelian. Langganan diperbaharui secara automatik melainkan auto-perbaharui dimatikan sekurang-kurangnya 24 jam sebelum tamat tempoh semasa. Akaun anda akan dicaj untuk pembaharuan dalam tempoh 24 jam sebelum tamat tempoh. Anda boleh urus atau batal langganan dalam Tetapan App Store akaun Apple anda, tertakluk kepada dasar Apple.

Langganan melalui app Android (Google Play): langganan auto-perbaharui bulanan diproses melalui Google Play Billing. Bayaran dikenakan pada kaedah pembayaran akaun Google Play anda. Anda boleh urus atau batal langganan bila-bila masa melalui app Google Play Store anda, tertakluk kepada dasar Google Play.

Langganan melalui app desktop Windows: bayaran diproses melalui Stripe menggunakan kad debit/kredit. Langganan diperbaharui secara automatik setiap bulan sehingga dibatalkan. Anda boleh batal langganan bila-bila masa melalui Tetapan dalam app Windows atau dengan menghubungi kami di hello@tuis.my; pembatalan menghentikan pembaharuan akan datang tetapi tidak secara automatik memulangkan bayaran bagi tempoh semasa yang sudah dicaj, kecuali dinyatakan sebaliknya dalam Dasar Pemulangan kami.

Langganan SaaS Tuis.my adalah SATU status yang sama untuk sesebuah pusat tidak kira platform mana ia diaktifkan (web, iOS, Android, atau Windows) — ia hanya boleh aktif melalui SATU platform pada satu masa. Jika anda menukar platform utama, hubungi kami untuk bantuan urus langganan sedia ada.

PENTING — Langganan SaaS di atas adalah caj untuk PERKHIDMATAN PLATFORM Tuis.my (akses ciri, storan, dsb.), dan ia BERASINGAN sepenuhnya daripada yuran tuisyen. Yuran tuisyen yang direkod dalam app ialah bayaran untuk perkhidmatan dunia sebenar (kelas tuisyen) yang dikutip oleh pusat pendidikan secara langsung daripada ibu bapa/pelajar — ia BUKAN pembelian dalam app (In-App Purchase), TIDAK diproses melalui Apple/Google/Stripe, dan Tuis.my TIDAK bertindak sebagai gerbang pembayaran (payment gateway) bagi yuran tersebut.

5. Data dan Hak Milik

Data pelajar, rekod kewangan, dan semua maklumat operasi yang anda masukkan ke dalam platform kekal sebagai hak milik anda sepenuhnya.

Anda memberikan kami lesen terhad untuk menyimpan, memproses, dan memaparkan data tersebut semata-mata untuk tujuan menyediakan perkhidmatan kepada anda.

Kami tidak mendakwa sebarang hak pemilikan ke atas kandungan yang anda muat naik atau buat melalui perkhidmatan kami.

Anda bertanggungjawab untuk mendapatkan kebenaran yang diperlukan daripada pelajar dan ibu bapa sebelum memasukkan maklumat mereka ke dalam sistem.

6. Penggunaan Yang Dilarang

Menggunakan platform untuk sebarang tujuan haram atau melanggar undang-undang Malaysia.

Cuba untuk menggodam, menceroboh, atau mengganggu keselamatan atau integriti platform.

Menggunakan platform untuk menghantar spam, kandungan berbahaya, atau sebarang bentuk penyalahgunaan komunikasi.

Menjual semula, melesen semula, atau menduplikasi perkhidmatan tanpa kebenaran bertulis.

Mengumpul data pengguna lain tanpa kebenaran.

7. Had Liabiliti

Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Tuis.my tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan tidak langsung, sampingan, khas, atau berbangkit yang timbul daripada penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan perkhidmatan kami.

Jumlah liabiliti keseluruhan kami kepada anda tidak akan melebihi jumlah yang anda bayar kepada kami dalam tempoh 12 bulan sebelum tuntutan.

8. Penamatan

Anda boleh menamatkan langganan anda pada bila-bila masa melalui tetapan akaun anda.

Kami berhak untuk menamatkan atau menggantung akaun anda dengan serta-merta jika anda melanggar Terma ini.

Selepas penamatan, anda mempunyai 30 hari untuk mengeksport data anda sebelum ia dipadam secara kekal.

9. Undang-Undang Yang Terpakai

Terma ini ditadbir oleh undang-undang Malaysia. Sebarang pertikaian akan diselesaikan di mahkamah yang mempunyai bidang kuasa di Kuala Lumpur, Malaysia.

Jika mana-mana peruntukan Terma ini didapati tidak sah, peruntukan tersebut akan dikecualikan tanpa menjejaskan peruntukan lain.

Ada soalan tentang terma perkhidmatan kami?

hello@tuis.my