Tambah kelas pertama anda
Cara membuat kelas, menetapkan jadual, yuran, dan tutor yang bertanggungjawab.
Pergi ke Kelas & Jadual
Dalam sidebar dashboard, klik 'Kelas & Jadual'. Kemudian klik butang '+ Tambah Kelas' di sudut kanan atas.
Isi maklumat kelas
Isikan nama kelas (contoh: 'Matematik Tingkatan 4'), subjek, tahap, dan bilangan maksimum pelajar. Nama kelas ini akan dipaparkan kepada tutor dan ibu bapa.
Tetapkan jadual
Pilih hari kelas (boleh pilih berbilang hari), masa mula dan masa tamat. Contoh: Isnin & Khamis, 2:00 PM – 4:00 PM.
Tetapkan yuran bulanan
Masukkan yuran bulanan untuk kelas ini dalam Ringgit Malaysia. Jumlah ini akan digunakan secara automatik apabila menjana invois.
Pilih tutor (pilihan)
Jika anda sudah menambah tutor, pilih tutor yang bertanggungjawab untuk kelas ini. Tutor yang dipilih akan dapat melihat kelas ini dalam app mobile mereka.
Simpan kelas
Klik 'Simpan Kelas'. Kelas baru akan muncul dalam senarai dan siap untuk didaftarkan pelajar.