Permulaan
Cara daftar akaun dan setup pusat pendidikan
Panduan langkah demi langkah untuk mendaftar akaun Tuis.my dan mengkonfigurasi pusat pendidikan anda.
Masa baca: 5 minit
1
Pergi ke halaman pendaftaran
Buka tuis.my dan klik butang 'Cuba Percuma' atau 'Daftar'. Anda akan dibawa ke borang pendaftaran.
2
Isi maklumat pusat pendidikan
Masukkan nama pusat, jenis (tuisyen, tadika, taska, tahfiz, dll), dan nombor telefon. Ini akan dipaparkan kepada ibu bapa dan pelajar.
💡 Tip: Nama pusat tidak boleh diubah selepas pendaftaran. Pastikan nama yang betul sebelum teruskan.
3
Cipta akaun admin
Masukkan nama penuh anda, alamat e-mel, dan kata laluan (minimum 8 aksara). E-mel ini akan digunakan untuk log masuk dan menerima notifikasi sistem.
4
Sahkan e-mel anda
Semak peti masuk e-mel anda. Klik pautan pengesahan yang dihantar oleh Tuis.my. Periksa folder Spam jika tiada dalam Inbox.
💡 Tip: Pautan pengesahan akan tamat tempoh dalam 24 jam. Jika tamat, anda boleh minta semula dari halaman log masuk.
5
Log masuk dan mula guna
Selepas mengesahkan e-mel, log masuk menggunakan e-mel dan kata laluan anda. Anda akan dibawa terus ke Dashboard.
Selesai!
Anda telah berjaya mengikuti panduan ini. Teruskan ke langkah seterusnya.